Perkhidmatan Lesen Perniagaan SSM (ROB)

Pendaftaran SSM

Pendaftaran SSM secara atas talian

Register SSM Online

Sole/partnership and private business registration steps

  1. The customer fills out the registration form
  2. Upload the required documents
  3. Make payment
  4. After making the payment, the staff in charge will contact the customer via WhatsApp.
ROB (Enterprise/ Trading/ Resources/ Services/ Empire/ Legacy/ Ventures/ Global/ Shop/ Cafe/ Supply/ Agro/ Store/ Garage/ dll..)

Perbaharui lesen perniagaan

Renew SSM Certificate
  1. Business Renewal Application can be done online.
  2. Renewal of business registration can be made for a period of one (1) and not exceeding five (5) years at each renewal.
  3. Businesses that have expired for more than 12 months cannot be renewed. The owner needs to re-register the business.

Ubah maklumat lesen perniagaan

Change Business Information
  • Change of Business Address
  • Change in Business Type
  • Branch Information Changes
  • Change of owner / partner information

Tutup lesen perniagaan

Terminate of Business

Termination may be registered for the following reasons:

  • Stop doing business
  • Bankrupt
  • Death of the owner
  • Court order

Cetak semula lesen perniagaan

Reprint Cert & Business Info
  • Give More Confidence
  • You and your customers can verify using a QR Code
  • Ready for submission
  • Ready fo Loan application, Permit/license application, Vendor application etc.
  • Effortless
  • No need to apply CTC Stamping outside when you need to submit your Business Registration

Is the latest business information that contains the basic information of a business (such as business name, registration number, registration date, registration expiry date, business form, business status, main business address, business address, type of business conducted and business branch information

Perkhidmatan Lesen Kementerian Kewangan MOF (ROB & ROC)

Lesen Kewangan MOF

Pendaftaran Lesen Kewangan MOF

Register Lesen Kewangan MOF (ROB/ROC)

PENDAFTARAN LESEN  KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

1. MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pelanggan mengisi borang permohonan yang terdapat di dalam laman web ini

2. PERMOHONAN DISEMAK

Pihak kami akan menyemak borang permohonan dan akan memberi maklumat tentang syarat-syarat kelayakan tambahan yang perlu dipatuhi.

3. DOKUMEN DIHANTAR

Pelanggan perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak kami.

4. PERMOHONAN DIPROSES

Pihak kami akan menghantar borang permohonan yang lengkap untuk diproses oleh sistem perolehan Kementerian Kewangan Malaysia

5. PENERIMAAN SIJIL LESEN KEWANGAN

Permohonan yang telah lulus akan mendapat sijil. Pihak kami akan menghantar sijil kepada pelanggan melalui email dan juga whatsapp.

Cara untuk mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)?

Ianya adalah bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang tersebut. Anda juga boleh terus mengisi borang pendaftaran Lesen Kewangan yang disediakan, setelah mengisi borang tersebut pihak kami akan menghubungi anda pada hari yang sama selepas anda mengisi borang. Jika ada pertanyaan berkenaan pendaftaran sila whatsapp kami, untuk kami bantu anda.

Entiti perniagaan yang boleh berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)?

Perniagaan milikan tunggal/perkongsian (enterprise), syarikat sendirian berhad, firma perunding, persatuan, koperasi, & pertubuhan.

Adakah syarikat beralamat/beroperasi dari rumah kediaman boleh berdaftar?

Boleh. Namun begitu, ianya terhad untuk 45 jenis kod bidang MOF sahaja.

Syarat-syarat untuk Pendaftaran Lesen Kewangan MOF ialah:

Ianya adalah bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang tersebut. Anda juga boleh terus mengisi borang pendaftaran Lesen Kewangan yang disediakan, setelah mengisi borang tersebut pihak kami akan menghubungi anda pada hari yang sama selepas anda mengisi borang. Jika ada pertanyaan berkenaan pendaftaran sila whatsapp kami, untuk kami bantu anda.

Tempoh sah laku Lesen Kementerian Kewangan, adalah:

Tempoh sah laku adalah 3 tahun. Anda perlu perbaharui Lesen Kewangan MOF sebelum tamat tempoh. Kegagalan memperbaharui lesen MOF akan menyebabkan pendaftaran akan terbatal.

Syarikat yang tidak memiliki pekerja adakan ianya layak untuk memohon?

Tidak. Syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang (1) pekerja untuk melayakan membuat permohonan.

Jika urusniaga syarikat menggunakan akaun simpanan pemilik syarikat, boleh ke memohon lesen kewangan?

Maaf tidak boleh. Hanya akaun semasa syarikat (company current account) sahaja layak digunakan untuk memohon lesen kewangan.

Adakah syarikat wajib membuat caruman KWSP untuk memohon?

Wajib jika syarikat beroperasi di premis perniagaan/kedai/pejabat/dll. Tidak wajib jika syarikat beroperasi di rumah kediaman.

Apakah kelebihan syarikat yang berdaftar dengan MOF (memiliki lesen kewangan)?

Layak untuk berurus niaga dengan jabatan kerajaan, menyertai tender/sebutharga kerajaan & lebih berkredibiliti.

Apakah sebab utama permohonan pendaftaran lesen kewangan ditolak?

Tidak memenuhi syarat-syarat permohonan & dokumen yang tidak lengkap.

Tambah Kod Bidang MOF

Apa itu permohonan tambah kod bidang MOF?

Proses daftarkan kod bidang tambahan ke dalam sijil/lesen kewangan MOF sedia ada.

Apa perbezaan antara kod bidang biasa dan kod bidang khas?

Kod bidang biasa tidak memerlukan lawatan tapak manakala kod bidang khas memerlukan lawatan tapak oleh pegawai MOF. Maklumat lanjut, sila rujuk artikel Kod Bidang Biasa VS Kod Bidang Khas Lesen Kewangan.

Berapa kadar bayaran untuk permohonan tambah kod bidang MOF?

Kadar bayaran kod bidang MOF berjumlah RM200

Bilakah permohonan tambah kod bidang MOF boleh dibuat?

Pada bila-bila masa selagi sijil/lesen MOF masih sah tempoh.

Berapa jumlah kod bidang MOF yang boleh didaftarkan?

Maksima adalah 30 jenis kod bidang.

Bolehkan daftar kod bidang bekalan/perkhidmatan dan kod bidang perunding dalam satu sijil?

Tidak boleh. Kod bidang bekalan/perkhidmatan tidak boleh didaftarkan bersama-sama dengan kod bidang perunding. Jika syarikat telah mendaftar sijil/lesen MOF dalam kod bidang bekalan/perkhidmatan, syarikat perlu membuat pendaftaran MOF baru untuk firma perunding dan memohon kod bidang perunding.

Apa sebab utama permohonan tambah kod bidang ditolak?

Kod bidang yang dipilih tidak selari dengan jenis perniagaan (nature of business) yang didaftarkan di dalam SSM syarikat. Sila rujuk artikel Teknik Pemilihan Kod Bidang MOF.

Bagaimana cara untuk mengenalpasti kod bidang MOF?

Terdapat 6 digit nombor pada setiap kod bidang. Dua nombor pertama menentukan samada kod bidang tersebut adalah kod bekalan atau kod bidang perkhidmatan (01 sehingga 21: Kod Bekalan & 22: Perkhidmatan). Sebagai contoh; Kod bidang 040102 adalah kod bidang bekalan makanan dan 221001 adalah kod bidang perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat. Bagi kod bidang perunding, ianya bermula dengan nombor 33 dan 34.

Apakah kod bidang rumah kediaman?

Kod bidang rumah kediaman (45 jenis pilihan kod bidang sahaja) bermaksud kod bidang yang layak untuk perniagaan yang beroperasi/beralamat di rumah kediaman sahaja.

Bolehkah syarikat daftarkan kod bidang yang sama di dalam dua syarikat yang dimiliki oleh pemilik/staf yang sama?

Tidak boleh. Pendaftaran sijil/lesen MOF tidak membenarkan syarikat menggunakan kod bidang yang sama di dalam syarikat yang berbeza yang dimiliki oleh pemilik/kakitangan yang sama. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pakatan harga.

Koperasi dikecualikan dari syarat di atas.

 

Kemaskini Profil Syarikat MOF

Jika syarikat membuat perubahan saham dan pertambahan pengarah, adakah perlu untuk syarikat isytiharkan dengan MOF?

Ya. Diwajibkan untuk syarikat membuat permohonan kemaskini profil dengan MOF bagi memastikan maklumat syarikat sentiasa selari dengan rekod SSM.

Jika terdapat perubahan alamat syarikat di SSM, adakah akan menjejaskan alamat yang didaftarkan dengan MOF sebelum ini?

Jika berlaku perubahan alamat syarikat, pengarah/pengurus perlu membuat permohonan kemaskini profil dengan MOF bagi mendapatkan sijil yang baru mengikut alamat yang didaftarkan.

Adakah syarat untuk permohonan kemaskini profil sama dengan dengan syarat permohonan baru?

Tidak. Tiada syarat ditetapkan untuk permohonan kemaskini profil. Ianya bergantung kepada perubahan yang berlaku di dalam syarikat.

Apa dokumen yang diperlukan untuk permohonan kemaskini profil?

Bergantung kepada dokumen yang dipinda atau yang berkenaan sahaja.

Tempoh kelulusan untuk permohonan kemaskini profil syarikat?

kelulusan mengambil masa 7 hingga 10 hari waktu bekerja. Mengikut terma dan syarat.

Berapakah kadar bayaran bagi permohonan kemaskini profil syarikat dengan MOF?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Apakah tindakan utama syarikat sebelum membuat permohonan kemaskini profil?

Memastikan maklumat perniagaan di profil SSM adalah benar dan terkini.

Bagaimana cara membuat permohonan kemaskini profil syarikat?

Isikan Borang Permohonan dan buat bayaran secara atas talian (online). Pegawai kami akan menghubungi anda untuk menguruskan permohonan tersebut.

Adakah tempoh sah laku sijil akan berubah selepas membuat permohonan kemaskini profil?

Tidak. Tempoh sah laku sijil akan kekal seperti sebelumnya. Namun syarikat akan diberikan sijil kewangan yang baru setelah permohonan diluluskan.

Bolehkan syarikat membuat perubahan nama pengarah atau staf selepas selesai permohonan baru?

Tidak. Maklumat pemilik/pengarah serta staf syarikat tidak boleh diubah dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan baru diluluskan.

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp kami segera di talian 011-19525295 (klik number untuk whatsapp) atau anda boleh terus membuat pendaftaran di borang yang kami sediakan “Borang Pendaftaran“. Staff incharge akan segera hubungi anda pada hari yang sama anda membuat permohonan. Terima kasih

Perbaharui lesen Kewangan MOF

Renew Lesen Kewangan MOF (ROB/ROC)

PERBAHARUI LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

 

1. MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pelanggan mengisi borang permohonan yang terdapat di dalam laman web ini

2. PERMOHONAN DISEMAK

Pihak kami akan menyemak borang permohonan dan akan memberi maklumat tentang syarat-syarat kelayakan tambahan yang perlu dipatuhi.

3. DOKUMEN DIHANTAR

Pelanggan perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak kami

4. PERMOHONAN DIPROSES

Pihak kami akan menghantar borang permohonan yang lengkap untuk diproses oleh sistem perolehan Kementerian Kewangan Malaysia

5. PENERIMAAN SIJIL LESEN KEWANGAN

Permohonan yang telah lulus akan mendapat sijil. Pihak kami akan menghantar sijil kepada pelanggan melalui email.

 

Ingin kami bantu anda Renew Lesen Kewangan MOF online dengan Kementerian Kewangan Malaysia? Kerana disebabkan ada dikalangan pembekal masih tidak tahu hendak buat pembaharuan Lesen Kewangan MOF dan memerlukan khidmat konsultan kami di ezbiz-solution.online. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai konsultan membantu anda untuk Renew Lesen Kewangan MOF sehingga mendapat kelulusan daripada MOF.

Disini, saya terangkan proses-proses yang perlu para pembekal lakukan untuk renew Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Langkah pertama, anda disarankan untuk mengisi borang permohonan atau borang maklumat yang disediakan di laman sesawang kami iaitu ezbiz-solution.online. Anda akan diminta untuk melengkapkan ruangan kosong dengan mengisi maklumat-maklumat syarikat yang diminta di dalam borang tersebut.

Selepas semua maklumat telah diisi, anda perlu menekan butang but now tetapi sila pastikan sebelum menghantar borang tersebut, nombor telefon yang diisi adalah betul dan staff incharge kami akan segera menghubungi anda. Hal ini kerana kebanyakan klien kami sering tersilap isi maklumat yang penting itu dan menyebabkan kesukaran pegawai kami untuk menghubungi anda.

Seterusnya staff incharge kami akan menghubungi melalui maklumat yang disertakan oleh tuan/puan untuk penerangan lebih lanjut berkenaan Renew Lesen Kewangan MOF, tuan puan juga boleh whatsapp kami di talian 011-62826110, staff incharge kami akan hubungi tuan/ puan dalam tempoh segera pada hari yang sama tuan/ puan membuat permohonan. Jika ada kekurangan document staff incharge akan whatsapp dan memberitahu documents yang di perlukan. tuan/ puan juga boleh menghantar documents tersebut di whatsapp dan juga email.

 

 

Perniagaan ROB (Perkongsian/ Pemilikan Tunggal & Persendirian)

  1. Borang D/E SSM + Maklumat pemilik & perniagaan yang masih sah tempoh (jenis perniagaan SSM mestilah selari dengan bidang pendaftaran MOF.
  2. Penyata bank bagi akaun semasa syarikat (current account) yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00.
  3. Salinan kad pengenalan semua pemilik syarikat.
  4. Salinan kad pengenalan pekerja.
  5. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

 

Syarikat ROC (Sendirian Berhad/ Berhad)

  1. Borang 9 atau 13.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  2. Borang Pindah Milik Saham (32A) / Section 105 yang telah dimatikan setem (jika berkenaan).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  3. Form of Annual Return (Section 68) terkini bagi syarikat melebihi 1 tahun kewangan (modal berbayar minima RM2,500.00).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  4. Memorandum And Articles of Association (M&A) / Form Application for Registration of Company (section 14).*Certified True Copy oleh setiausaha
  5. Penyata akaun bank semasa syarikat (bank current account) satu bulan terkini.
  6. Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  7. Salinan kad pengenalan atau passport semua pengarah dan pemilik saham syarikat.
  8. Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.
  9. Salinan kad pengenalan pekerja syarikat.
  10. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

Untuk makluman para pembekal borang pengiystiharan dan borang senarai kod bidang, pihak kami akan sediakan bagi pihak anda semasa anda ingin renew MOF dan anda dikehendaki isi serta cop syarikat sahaja pada borang tersebut.

Sebaik sahaja semua dokumen yang diperlukan sudah lengkap dan sudah diterima oleh pegawai kami, proses semakan akan dilakukan dalam tempoh penerimaan dokumen itu. Pegawai kami akan hubungi tuan/puan sekiranya terdapat kekurangan pada dokumen. Sekiranya semua dokumen sudah lengkap pegawai kami akan proses dengan daftar eperolehan online dahulu sebelum submit permohonan.

Untuk makluman tuan/ puan, tempoh kelulusan mengambil masa 7 hari hingga 10 hari bekerja. Permohonan yang telah lulus akan terima Sijil Kementerian Kewangan (MOF) di whatsapp dan juga email dalam format pdf.

 

Shopping Cart