REPRINT SSM WITH CERTIFIED TRUE COPY
CETAK SIJIL SSM
CETAK BUSINESS INFO
CTC BENEFITS
- Give More Confidence
- You and your clients can verify using QR Code
- Ready For Submission
- Ready fo Loan application, Permit/license application, Vendor application etc.
- Effortless
- No need to apply CTC Stamping outside when you need to submit your Business Registration
Reprint CTC, Cetak Sijil SSM, Print Business Information, Cetak Maklumat Perniagaan
Salinan Diakui Sah / Certified True Copy
CTC certificate SSM merujuk kepada salinan dokumen yang telah dicop dan ditandatangani untuk mengesahkan bahawa salinan dokumen tersebut merupakan salinan daripada dokumen yang asli oleh individu yang diberikan kebenaran untuk mengesahkan dokumen tersebut melalui pengisytiharan. Sekiranya anda membuat salinan dokumen yang sudahpun mempunyai cop CTC, salinan dokumen tersebut tidak disahkan sebagai dokumen CTC.
Pihak SSM telah memperkenalkan SSM DCTC (Digital Certified True Copy) QR code reader dan Web Checker bagi semakan dokumen SSM yang disahkan benar secara digital yang berkuatkuasa pada 11 November 2019 yang lalu yang bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan dokumen CTC untuk syarikat anda.
Kepentingan CTC Certificate SSM?
SSM Certificate Boleh Mengelakkan Dari Sebarang Unsur Penipuan
Sebab utama kenapa CTC certificate SSM dicipta adalah untuk elakkan sebarang unsur penipuan berlaku apabila pihak kerajaan memberikan tender tersebut kepada syarikat anda. Bayangkan sekiranya terdapat individu yang mempunyai niat yang tidak baik untuk menjatuhkan reputasi syarikat anda menggunakan dokumen yang mereka perolehi secara tidak sah daripada syarikat anda dan mengambil kontrak tender-tender yang syarikat anda tidak mampu untuk siapkan.
Sekiranya perkara ini terjadi dan akhirnya syarikat anda tidak mampu menyiapkan tender-tender tersebut, maka pihak kerajaan berhak untuk mengenakan kompaun harian berdasarkan klausa yang terdapat di dalam kontrak tender tersebut. Syarikat anda akan terpaksa membayar kompaun tersebut dan akhirnya syarikat anda akan mengalami kerugian yang besar dan berisiko besar untuk jatuh bankrap. Oleh yang demikian, cop CTC ini akan berfungsi sebagai pengesahan bahawa dokumen-dokumen yang syarikat anda hantar adalah daripada pihak syarikat anda sendiri, bukannya daripada individu yang bukannya dari syarikat anda.
Pengesahan Keaslian Dokumen
Tujuan cop CTC dicipta adalah untuk mengesahkan bahawa dokumen anda adalah asli dan tidak diubah oleh mana-mana pihak termasuk anda sendiri. Apabila dokumen tersebut mendapat cop CTC, ini bermaksud semua maklumat yang dinyatakan adalah benar.
Memudahkan Pihak Kerajaan
Dengan adanya cop CTC, pihak kerajaan atau mana-mana badan syarikat swasta dapat memastikan bahawa dokumen itu adalah asli dan sah untuk digunakan. Dalam erti kata yang lain, pihak kerajaan yang mengambil dokumen yang mempunyai cop CTC tidak lagi perlu risau sama ada dokumen tersebut adalah asli ataupun tidak, dan ianya memudahkan urusan mereka dengan anda.
Sekarang anda sudahpun mengetahui segalanya berkenaan CTC certificate SSM. Anda juga boleh dapatkan maklumat ini daripada setiausaha syarikat anda. Dan anda juga boleh terus membuat Reprint SSM with CTC.
3 Kepentingan Cetak Semula Sijil SSM Online
Jika anda kehilangan SSM, kerosakan sijil, ingin update informasi syarikat, dan ingin dapatkan salinan tambahan SSM untuk cawangan perniagaan. Boleh cetak sijil ssm online melalui kami sebagai agen berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebelum itu, fahami dahulu dengan terperinci sebab mengapa yang diperlukan untuk cetak kembali sijil SSM ini. Bagi mengelakkan kekeliruan anda, kami kongsikan dalam artikel ini.
3 Kepentingan Cetak Semula Sijil SSM
Matlamat cetak sijil SSM online
Sijil SSM adalah bukti bahawa perniagaan atau syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mempunyai status yang sah. Tanpa sijil ini, perniagaan atau syarikat mungkin dianggap tidak sah atau tidak terdaftar, yang boleh memberi kesan negatif terhadap imej dan reputasi mereka.
Selain itu, sijil SSM juga diperlukan dalam pelbagai urusan perniagaan dan pentadbiran. Contohnya, untuk membuka akaun bank korporat, sijil SSM adalah salah satu dokumen yang diperlukan.
Tanpa sijil ini, bank mungkin tidak akan membenarkan perniagaan atau syarikat membuka akaun bank, yang akan menyulitkan urusan kewangan mereka. Sijil SSM juga diperlukan dalam urusan cukai, pematuhan perundangan, dan urusan perniagaan lain seperti memohon lesen dan kontrak dengan pihak ketiga.
Fungsi Sijil SSM dalam perniagaan
Selain itu, sijil SSM juga berfungsi sebagai dokumen identifikasi yang sah untuk pemilik perniagaan atau syarikat. Ini kerana sijil ini mengandungi maklumat penting seperti nama perniagaan atau syarikat, nombor pendaftaran, alamat, dan butiran pemilik. Oleh itu, jika sijil ini hilang atau rosak, pemilik akan menghadapi kesulitan dalam membuktikan identiti mereka dan hak mereka sebagai pemilik perniagaan atau syarikat.
Mengapa perlu cetak sijil SSM online
Kehilangan dan kerosakan sijil
Pemilik perlu membawa sijil rosak tersebut ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan cetakan baru. Proses ini melibatkan mengemukakan sijil rosak, membayar yuran yang diperlukan, dan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan pemilik dan surat perakuan rosak dari pihak berkuasa yang berkaitan.
Reprint sijil SSM adalah penting bagi pemilik perniagaan atau syarikat yang telah kehilangan atau rosakkan sijil asal mereka. Sijil ini bukan sahaja membuktikan keabsahan perniagaan atau syarikat, tetapi juga diperlukan dalam pelbagai urusan perniagaan dan pentadbiran. Oleh itu, pemilik perlu mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan cetakan baru sijil SSM dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia agar dapat melaksanakan perniagaan mereka dengan lancar dan sah.
Kemaskini informasi perniagaan
Dengan mengemaskini maklumat perniagaan dalam SSM, anda dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan. Pelanggan dan bakal pelanggan sering kali merujuk kepada SSM untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perniagaan anda.
Jika maklumat syarikat tidak dikemaskini, ia boleh menimbulkan keraguan dan ketidakpastian dalam minda pelanggan dan pemegang saham. Ini boleh merosakkan reputasi syarikat dan mengurangkan kepercayaan mereka terhadap syarikat.
Salinan sijil SSM tambahan
Bagi perniagaan yang mempunyai banyak cawangan kedai, wajib memaparkan SSM dalam premis berlainan. Ini syarat wajib paparkan sijil SSM walaupun cawangan utama sudah memilikinya. Kegagalan memaparkan sijil SSM akan dikenakan tindakan undang-undang. Sebab itulah, anda perlu cetak sijil ssm online bagi simpanan cawangan lain.
Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Jika saya mempuyai banyak cawangan, boleh ke sekadar photostat Sijil SSM?
Tidak boleh. Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran apabila disabitkan dengan
kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara tidak
melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Anda juga perlu mempamerkan Sijil Pendaftaran Perniagaan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan utama atau cawangan.
Di mana saya mahu dapatkan servis cetak sijil ssm online ezbiz ?
Anda boleh mengisi borang kami di pautan reprint SSM . Atau terus menghubungi kami menerusi whatsapp 011-19525295 untuk bantuan lanjut. Anda akan dilayan oleh staff kami yang berpengalaman.
Staff kami akan membantu anda mengenai cetak semula Sijil SSM
Staff kami juga akan memberikan layanan sebelum, semasa dan sehingga cetak semula sijil SSM.
Berapa lamakah proses cetak semula sijil SSM ?
Kemungkinan mengambil masa sekitar 10 hingga 20 minit. Selain itu, bergantung kepada hari bekerja . Iaitu waktu operasi 9.00 pagi sehingga 6.00 petang sahaja. ATAU mengikut kepada teknikal sistem.
Apa yang anda bakal dapat menggunakan servis daripada kami?
Anda dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk pergi beratur menunggu di kaunter SSM. Dengan kami, anda terus dilayan oleh staff. Kami juga mempunyai hubungan rapat dengan SSM, jadi servis kami adalah pantas.
Kami juga agen yang berdaftar dengan SSM. Dan paling penting, caj kami berpatutan dengan servis.
Mengapa servis cetak sijil SSM ini wujud?
Kami di Ezbiz ssm Online adalah agen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sijil Malaysia, ingin mudahkan kegiatan perniagaan anda dengan melantik kami sebagai agen yang menguruskan cetak sijil SSM bagi pihak anda.
Kenapa wujud permintaan cetak semula sijil SSM bagi pihak anda?
- Pemilik perniagaan tidak sanggup bazirkan masa untuk duduk menunggu di kaunter SSM. Mereka mahu selesaikan segera masalah tersebut.
- Pemilik sijil SSM tidak mahir untuk reprint sendiri, kerana perlu melalui proses yang rumit dan mengelirukan.
- Cabaran seterusnya, pemilik tersebut takut berlaku kesilapan untuk mengisi borang.Kesilapan boleh berlaku sewaktu proses mengisi borang tersebut. Majoriti pemilik perniagaan mengejar masa mereka, masa mereka lebih kepada perniagaan dan bukanlah berfokus kepada perkara ini. Ketiadaan masa untuk menguruskan cetak sijil ssm.
- Pemilik sijil SSM juga sukakan layanan secara personal. Iaitu terus melalui talian menerusi whatsapp yang lebih telus. Perbincangan 2 hala.
- Anda tidak perlu keluar rumah untuk ke kaunter. Tetapi, anda hanya perlu duduk di depan smartphone anda sahaja untuk berurusan dengan kami atas talian.
Justeru itu, seiring dengan perkembangan semasa. Majoriti pemilik perniagaan mahukan penyelesaian segera. Tidak mahu duduk di depan kaunter untuk mengisi borang tersebut, dan masa mereka juga bukan kearah pengurusan. Mereka bukanlah individu berpengalaman dalam menyelesaikan masalah cetak sijil ssm ini. Oleh itu, kami di ezbiz online adalah agen yang berpengalaman dalam menyelesaikan hal-hal tersebut seperti mencetak semula sijil ssm ezbiz, pendaftaran SSM, terminate SSM, lesen kewangan MOF, dan renew SSM.